ISFI online

Beranda » Kajian » Kajian sejarah Islam di alam Melayu dalam perspektif Oriental Studies: antara fakta dan khayalan

Kajian sejarah Islam di alam Melayu dalam perspektif Oriental Studies: antara fakta dan khayalan

oleh : Prof Madya Dr.Tatiana Denisova*

Pengajian Melayu di Negara-negara Barat mempunyai tradisi dan sejarah yang lama, lebih kurang sejak kurun ke-18. Pada waktu itu muncul karya-karya pertama yang dikarang oleh para pelawat dan para pengembara Barat yang mengujungi alam Melayu. Tulisan tersebut wujud dalam bentuk catatan peringatan, laporan-laporan para penjajah terawal dan para mubaligh agama Kristen. Karya-karya tersebut merupakan juga peringkat kajian alam Melayu dalam bentuk TIDAK FORMAL. Pada kurun ke-19 Pengajian Melayu membentuk diri sebagai satu bidang kajian ilmiah yang tersendiri dan komprehensif. Karya-karya tersebut merupakan kajian FORMAL. Pada kurun ke-20 pengajian Melayu mencapai zaman kecemerlangan. Muncul pelbagai tokoh yang terkenal, misalnya R.O. Winstedt, R.J. Wilkinson, Maxwell, Marsden, Netscher, Snouk Hurgronje, R. Voorhoeve, R. Roolvink, William Shellabear, B. Parnikel dan lain-lain. Pusat kajian alam Melayu muncul di merata tempat: Belanda, England, German, France, Russia, USA, Afrika Selatan, Australia – boleh dikatakan di seluruh dunia. Mereka mencapai banyak hasil kajian yang hebat dan banyak berjasa dalam kajian alam Melayu.
Prof. al-Attas menjelaskan secara benar bahawa kita tak patut menafikan semua kajian Orientalis secara keseluruhan.

“European  historians of the Malay Archipelago comprising prehistorians, ethnologists, archeologists, philologists, sociologists and other scholars belonging to the social sciences, have meticulously researched and brilliantly elaborated their cogent finding with such diligent and inspiring scholarship that evokes due praise. We must sincerely acknowledge their wonderful intellectual contributions and affirm what is true in their interpretation of our history which they have gradually set in the crucible agreed among themselves”.

Justeru itu hingga sekarang masih hampir tidak ada karya-karya yang fundamental, yang kompleks, yang sesungguhnya bersifat ilmiah tentang sejarah Islam di alam Melayu.

Para orientalis yang meneliti sejarah Nusantara kebanyakannya memilih hal ehwal yang berkaitan dengan tradisi  bukan Islam sebagai subjek kajiannya, iaitu tradisi-tradisi lama (sebelum Islam), kebudayaan, sejarah dan adat-istiadat Hindu-Buddha, sedangkan terdapat banyak tulisan tentang Sejarah Baru (Early Modern History) dan situasi moden.

Lazimnya para orientalis menganggap Islam sebagai faktor negatif dalam proses perkembangan alam Melayu. Mereka tidak mahu memperhatikan bahawa Islam memajukan perkembangan masyarakat dan bangsa Melayu, dan mereka juga tidak mahu memperhatikan bahawa Islam berpengaruh dalam usaha mengembangkan kebudayaan dan pemikiran umum, termasuk juga ilmu, falsafah dan bahasa Melayu.

Penjajahan terhadap negeri-negeri Melayu oleh orang-orang Eropah tidak memajukan juga proses pemerolehan, penyimpanan dan penelitian warisan umat Islam Melayu. Orang Eropah (kakitangan kolonial mahupun penyelidik) rupanya tidak berminat memahami dan mencipta semula secara wajar sejarah Islam Melayu yang tulen. Hal ini demikian kerana orang Melayu Islam selalu dianggap oleh orang Eropah (yang mempunyai modal) sebagai pesaing yang paling utama dalam perjuangannya untuk mengawal jalan-jalan perniagaan dan mencapai monopoli perniagaan  di Asia Tenggara. Menurut pendapat Abdul Haris Nasution “tidak perlu hairan bahawa Islam dalam alam Melayu belum dipelajari lagi secara sepatutnya. Selama penjajahan Eropah yang berlangsung selama  350 tahun itu, pemerintah kolonial selalu berusaha untuk mengaibkan Islam dan umat Islam, dengan menyifatkan orang Muslim sebagai golongan masyarakat yang paling mundur.

Sikap permusuhan itu semestinya tidak memajukan perkembangan pengajian Melayu dan pemahaman Islam. Salah satu kekurangan dalam pengajian Melayu oleh Barat yang dipengaruhinya oleh konflik  antara umat Islam dan Barat ini adalah suatu hakikat, bahawa sampai sekarang masih ada beberapa masalah yang terpenting yang belum dijelaskan dan ditentukan lagi, terutamanya dalam bidang sejarah Islam Melayu yang terawal. Antaranya, termasuklah tempoh perkenalan pertama manusia tempatan dengan agama yang baharu, jalan dan cara penyebaran Islam di alam Melayu, sejarah dan penyebarannya di kawasan tersebut pelbagai arah  (aliran) Islam dan ciri-ciri khasnya, dan yang lain-lain.
Selain itu, terdapat beberapa tulisan para orientalis  yang menimbulkan dan menyebarkan pelbagai prasangka atau “mitos” tentang  Melayu Islam dan warisan sejarah Melayu Islam. Yang paling lazim antaranya ialah:
(1) Perkenalan pertama orang Melayu dengan Islam dan orang Islam terjadi pada kurun ke-13-ke-14 atau selepas dari abad  itu.
(2) Islam datang ke alam Melayu dari India dan dibawa oleh orang India.
(3) Islam dibawa ke alam Melayu oleh para pedagang serta Islamization alam Melayu merupakan akibat kebetulan daripada aktiviti perdagangan. Islam tidak bermakna dari segi sejarah alam Melayu.
(4) Islam di alam Melayu bukan seperti Islam klasik, Islam tulen, Islam yang sebenarnya. Melayu Islam adalah hanya campuran beberapa istilah-istilah Islam dengan tradisi Hindu-Buddha India dan paganisme tempatan.
(5) Islam merupakan sistem pandangan yang sangat agresif pada tahap awalnya.
(6) Sumber-sumber sejarah Islam dan khazanah persuratan Melayu Islam tidak boleh dianggap sebagai sumber sejarah yang sebenar dan yang boleh dipercayai.

Pada pendapat saya, ada beberapa sebab tentang pandangan tersebut, iaitu kurangnya kajian mengenai sejarah penyebaran Islam di alam Melayu dan kurangnya penilaian terhadap warisan sejarah Islam. Yang pertama, khazanah persuratan Islam Melayu dan karya-karya sejarah Islam tidak begitu terkenal dalam kalangan para ilmuwan Barat, kerana tidak begitu ramai antara mereka yang pandai membaca dalam tulisan Jawi. Sebab yang kedua ialah teks-teks yang sudah diteliti dan diterbitkan tidak begitu banyak. Kebanyakan teks tersebut tidak ketahuan keadaannya kerana banyak naskhah yang hilang pada zaman penjajahan Eropah di alam Melayu. Sebab ketiga adalah kerana biasanya karya-karya sejarah tempatan dianggap oleh para orientalis sebagai artifak sastera, sebagai karya dongeng atau legenda, yang boleh diselidiki hanya daripada sudut pandangan filologi mahupun linguistik, tetapi tidak boleh diterima sebagai sumber sejarah yang sempurna dan benar. Mereka membincangkan dan menganalisis gaya bahasa dan genre, dan menilai sifat-sifat sastera, tetapi tidak memperhatikan maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan sejarah yang nyata, antaranya termasuklah kegiatan ekonomi, perniagaan, perkapalan,  pertanian, undang-undang, kehidupan intelektual dan lain-lain. Sebab yang ke-empat: Kurangnya penilaian terhadap pengaruh Islam dalam masyarakat Melayu dan kurang penilaian terhadap sumber sumber sejarah Islam (termasuklah khazanah persuratan Melayu Islam) sebagai sumber sejarah mengakibatkan para ilmuwan Barat yang pakar dalam pelbagai bidang ilmu (ekonomi, sejarah, etnologi, undang-undang, dan sebagainya) hanya menggunakan sumber-sumber luaran dan tulisan-tulisan Barat dalam kajian mereka. Mereka tidak memperhatikan atau mungkin tidak tahu adanya bahan-bahan dan maklumat yang terdapat dalam pelbagai sumber sejarah Islam termasuklah sumber tempatan. Akhirnya semua prasangka dan kesilapan berterusan daripada satu tulisan kepada tulisan yang lain. Oleh itu, banyak masalah sejarah yang terpenting belum dapat dijelaskan lagi.
Perlu menegaskan juga bahawa  Oriental Studies Barat mempengaruhi kajian para ilmuwan tempatan dan juga di Negara-negara Islam yang lain. Akhirnya para Ilmuwan Muslim pula jadi keliru dan ikut pandangan para Orientalis tersebut tanpa sebarang analisis atau kritika.

Kekurangan umum dalam kajian-kajian tersebut (termasuklah kajian terkini) adalah kerana para pengaji tidak memahami falsafah sejarah sebenar dan/atau ikut konsep sejarah yang palsu.

Dalam keadaan begini buku yang terbaru oleh  Professor Al-Attas merupakan kajian yang amat berharga dan amat penting kerana mengandungi rumusan konsep dan falsafah sejarah yang sebenar dan menjelaskan kaedah kajian sejarah yang patut digunakan dalam setiap kajian ilmiah.

Prof. al-Attas menjelaskan bahawa supaya memahami dan membina semula sejarah Islam di alam Melayu, kita perlu meneliti secara terperinci semua kaedah yang digunakan oleh para orientalis tersebut dan semak balik hasil-hasil ilmiah dan kesimpulan yang dirumuskan dalam karya-karya mereka.

“We must question the way they arrive at their theories; their way of reasoning and aalysis; their setting forth of premises and arrival at conclusions; their raising of problems and arrival at their solutions, their understanding of recondite matters of meaning, their raising of doubts and ambiguities and their insistence upon empirical facts”.

Dalam buku Prof al-Attas dianalisis dan dijelaskan pelbagai masalah dan kesalahfahaman mengenai sejarah alam Melayu dan terutama mengenai sejarah penyebaran Islam di alam Melayu. yang dirakamkan dalam karya-karya para Orientalis.

Secara umum kekurangan dan kesalahfahaman yang terdapat dalam kajian para Orientalis tersebut diakibatkan daripada 4 sebab utama, iaitu:
1. memilih sumber kajian/maklumat yang salah
2. mengunakan kaedah kajian yang salah
3  memberi penafsiran data-data yang salah
4. mengikut konsep sejarah yang salah atau tidak memahami falsafah sejarah Islam sebenar.

Sebenarnya sebab yang ke-4 ini memang merupakan sebab utama kepada semua kesalahan dan kekurangan tersebut.

Kesalahan-kesalahan tersebut lazimnya ditemui dalam bidang kajian sejarah seperti berikutnya:
1.    chronology
2.    genealogy
3.    textology
4.    onomastics
5.    toponimy
6.    etymology
7.    linguistics
8.    epigraphy
9.    falsafah sejarah

Di antara soalan yang dapat penfsiran yang salah dalam kajian para orientalis dan juga dalam karya-karya para sejarahawan tempatan, kita boleh sebutkan subjek berikutnya :

•    apakah orang Arab atau orang India/Parsi yang membawa Islam ke alam Melayu?
•    apakah para mubaligh atau para pedagang yang membawa Islam ke alam Melayu?
•    bila Islam mulai tersebar di alam Melayu?
•    daripada mana Islam dibawa ke alam Melayu?
•    sumber apa yang patut digunakan supaya menentukan sejarah kedatangan dan penyebaran Islam di alam Melayu?
•    apa maknanya definisi Islamization dan ciri-ciri khas tanadun Islam?
•    apa maknanya definisi Jawi?
•    apakah bahasa merupakan sumber sejarah yang penting?
•    apakah Merah Silu dan Malik as-Saleh merupakan orang yang sama?
•    apakah toponym (nama tempat) Sumatra berasal daripada kata Samudra?
•    apakah nama tempat Malacca berasal dari nama pokok melaka?
•    di mana terletaknya toponym Mengiri, Bengali?
•    siapa sebenarnya disebutkan di Nagarakartagama sebagai raja muda Melayu: Paramesywara atau Adityawarman?
•    siapa sebenarnya Paramesywara itu dan pada tahun berapa beliau masuk Islam?
•    apakah Paramesywara merupakan nama pribadi atau gelaran?
•    siapa sebenarnya Syarif Ali, Maulana Ishak, Sunan Ampel, Syeikh Ibrahim, Maulana Abu Bakar, Syeikh Mahdum, Masya’ika dan nama-nama yang lain yang disebutkan di dalam pelbagai sumber sejarah Melayu sebagai para ulama dan para mubaligh Islam di kawasan tersebut?

Sebenarnya buku Prof. al-Attas tidak merupakan kajian sejarah Islam di alam Melayu secara lengkap dan komprehensif. Dalam Buku belia Prof. cuma sentuhkan 3 perkara sahaja, yang berkaitan dengan sejarah terawal penyebaran Islam di alam Melayu, iaitu:  sejarah terawal kerajaan Pasai, sejarah terawal kerajaan Melaka dan zaman terawal penyebaran Islam di kerajaan Sulu dan Brunei. Memang 3 subjek tersebut merupakan soalan asas dalam kajian sejarah Islam di alam Melayu dan sentiasa tarik banyak perhatian oleh para Orientalis Barat dan oleh para pengaji tempatan.

Walaupun begitu senarai yang kita menyusun di atas menunjukkan bahawa 3 thema tersebut tidak dikaji langsung secara sepatutnya. Akibatnya banyak kekeliruan dan kesalahfahaman tersebar di antara para pengaji mengenai sejarah Islam di alam Melayu.

Supaya mendapat jawapan kepada soalan yang kita seneraikan di atas, memang patut baca buku yang terbaru ini.

Supaya memahami konsep sejarah dan kaedah kajian yang digunakan oleh Professor al-Attas biarlah kita menumpukan perhatian kepada beberapa contoh sahaja:

–  mengenai sejarah kedatangan Islam ke dalam alam Melayu al-Attas menulis:

“The starting point of the historians in their attempt to reconstruct the history of Islam in the Malay Archipelago was the idea that Islam came via trade routes. Upon this obvious fact the conclusion was quickly drawn the traders brought and disseminated Islam in this part of the world”  (p.xii)

di sini kita boleh saksikan bahawa satu fakta sejarah sebenar ditafsirkan secara tidak benar. Akibatnya – muncul prasangka bahawa Islam tersebar di alam Melayu secara kebetulan dan merupakan akibat aktiviti para pedagang sahaja.

– mengenai nama tempat Sumatra:

“The name of the island called Sumatra created quite a considerable amount of educated conjectures among European scholars and historians of the Malay Archipelago … many versions of the name approximating the word Sumatra have been cited to explain its original derivation believed to be from Sanskrit: Samudra or Suwarna… they concentrated on the fact that the name refers to an island, and therefore to its meaning and deviration as being closely connected with the sea or ocean, hence Samudra; or with much gold to be found there, hence Suwarna. (pp. 6 – 11)

Sebenarnya memang susah nak terima idea tersebut, kerana kalau ikut ilmu bahasa dan ilmu etimologi perkataan SUMATRA tak boleh ubah jadi Samudra. Walaupun begitu dalam pelbagai terbitan Hikayat Raja Pasai dan Sejarah Melayu yang disediakan oleh para Orientalis yang terkenal (misalnya Brown, Krom, Raffles, John Leyden dal lain-lain) muncul ejean SAMUDRA juga. Ejean tersebut hinga sekarang merupakan ejean yang paling tersebar dalam bidang Malay studies.

Justeru itu Prof. al Attas memberi penjelasan yang lain: nama tempat Sumatra ni berasal dari bahasa Melayu – semut raya. penjelasan tersbut berasaskan sumber-sumber sejarah prima (sumber Melayu mahu pun Arab). Menurut Hikayat Raja Pasai dan Sejarah Melayu, Merah Silu membina kerajaan yang baru di tempat di mana dia menemui semut yang luar biasa, yang sebesar kucing, iaitu semut raya. Tetapi keterangan tersebut tidak diterima oleh para orientalis, yang menilaikan makna tersebut berasaskan pandangan orang masa kini, bukan dalam konteks sejarah sebenar. Walaupun begitu maklumat tentang semut raya terdapat juga dalam karangan Buzurgh Shahriar, al-Mas’udi dan lain-lain, iaitu dalam sumber-sulebih awal.

“But more fundamental in its misleading nature is the error of historians in accepting without question the name Samudra which appeared in the extant texts of both the Hikayat and the Sejarah. These texts are relatively recent editions of diverse copies subject to change and variations of the purported originals, copieswhere the Indianized name was surreptitiously interpolated. Moreover, the predilection of scholars and editors to Indianize important names and events becomes evident when we see how easily the phonetic resemblance between Semutra and Samudra leads the one being substituted for the other”. (11)

Contoh tersebut amat menarik juga kerana menunjukkan satu lagi kesalahfahaman yang lazim ditemui dalam karya karya para Orientalis. Salah satu teori atau konsep menjadi amat popular di antara para pengaji Barat, iaitu Konsep Greater India. Menurut konsep tersebut semua tamadun dan budaya Melayu termasuklah bahasa, adat-istiadat, sastra, seni dan lain-lain, berasal dari India. Konsep yang salah tersebut mempengaruhi para pengaji dan mengakibatkan banyak kesalahan, termasuklan Indianization of names.

– mengenai nama tempat Melaka
menurut pendapat ramai para Orientalis nama tempat Malacca berasal dari nama pokok malaka tree. Mereka berasaskan cerita mengenai Raja Iskandar dan pokok melaka yang dirakamkan di Sejarah Melayu.  “European scholars and historians, under the influence of the Portuguese, who first recorded the story in their language, apparently derived from Javanese sources, … spelled the name Malacca”. In earlier Arabic texts the name of the city was spelled with qaf (q)… and not with kaf (k).

Pada awalnya Tome Pires tulis nama ini dengan huruf q juga.
MalaQa from the Arabic root laqiya which means a port, a meeting and gathering place of ships or sailing vessels, an emporium. Malaqa was the true name of the place, wich was indeed an important Muslim port and emporium. (69)

Penjelasan yang terdapat di Sejarah Melayu bersifat mitos dan folklore dan semestinya muncul dalam teks selepas kurun ke-16.

“To return to my interpretation, the city or the town, the place that came to be called Melaka, was in fact named after the port and emporium, which was what it was, and not after legendary tree. I am not denying the existence  of a tree which later came to be identified as a melaka tree. I am only saying that all reports of the melaka tree that came from sources in Malay folklore and literature were found to be later than its occurrence in the Sejarah Melayu; and even there it could have been identified by the author to a botanical tree having a name sounding like that of name of the city which had become famous at the beginning of the 15th century…” (69)

Kenapa para orientalis masih ikut pendapat bahawa toponym Melaka berasal daripada nama pokok? Mungkin kerana amat susah untuk mereka supaya terima hakikat, bahawa nama kerajaan Melayu yang begitu bermakna dan berpengaruh dalam sejarah bangsa Melayu berasal dari bahasa Arab dan artinya diberi oleh orang Muslim. Ini lah satu lagi contoh, macam mana konsep sejarah yang palsu mengganu supaya memahami sejarah sebenar.

– apakah Merah Silau dan Malik as-Saleh merupakan orang yang sama atau tidak.

Prof. al-Attas merujuk kepada rama orientalis yang menerima tanpa syak maklumat daripada Hikayat Raja-Raja Pasai dan Sejarah Melayu bahawa Merah Sillau mendapat nama  Malik as-Saleh selepas beliau memeluk Islam (dalam mimpi ajaib) dan menjadi raja Muslim pertama di Pasai.

“Historians of the Malay Archipelago have allowed the credulous to belief that the fictitious hero arising from the mists of folklore has assumed personification in the guise of Malik al-Salih in the late 13th century”. (xvii)

“All Western and Southeast Asian historians without exception accepted the assertion that al-Malik al-Salih was the first Muslim king of Samudra Pasai. (16).

Justeru itu berasaskan kajian batu-batu nisan dan sumber sejarah yang lain Prof al-Attas membuktikan bahawa Malik as-Saleh yang meninggal dunia pada tahun 1296 tidak boleh  dianggap sebagai raja Muslim yang pertama, kerana terdapat maklumat tentang raja-raja Muslim yang lain yang tinggal sebelum Malik as-Saleh tu (misalnya Malik al=Kamil, 1210).

The first Muslim King of Sumatra was most probably the person named Sultan Muhammad, who was brought there from Mengiri (Monghur) in northeastern India by Arab missioneries from Mekkah probably in the 8th or 9th century. (19)

“As to Merah Silau, my view is that his story, his naming his kingdom samudra (semutra)and his subsequent exploits and adventures, was an ingenious narrative of pre-Islamic events of which his miraculous conversion to Islam was later added by the chroniclers who wrote centuries after the event in order to identify him with al-Malik as-Salih as the first Muslim King of Samudra-Pasai. While he might well have existed as a historical person, yet perhaps for reasons of patriotic honour and pride, that historical person was metamorphosed to become the Merah Silau of traditional folklore endowed with supernatural attributes of popular belief. (23)

Kenapa para Orientalis dan para sejarawan masa kini terima tanpa syak maklumat tentang Merah Silau, walaupun maklumat tersebut dilengkapkan dengan unsur-unsur mitos? Kenapa mereka begitu mudah percaya bahawa Merah Silau itu adalah Malik as-Salih dan bahawa Malik as-Salih tu adalah raja Muslim pertama? Mungkin kerana maklumat tersebut sesuai dengan konsep dan falsafah sejarah mereka?

– apakah orang Arab atau orang India/Parsi yang membawa Islam ke alam Melayu?

Para Orientalis dan para sejarahawan masa kini terima tanpa syak maklumat tentang Merah Silau yang memang berunsur mitos dan bersifat quazi-sejarah. Justeru itu mereka tidak menerima maklumat yang lain daripada sumber yang sama (iaitu dari Hikayat Raja Pasai dan Sejarah Melayu) bahawa para mubaligh Arab yang membawa Islam ke alam Melayu. Para ulama dan para syed dari Mekkah sengaja datang ke sini supaya melakukan misi tersebut yang diinspirasikan oleh Nabi Muhammad saw sendiri. Dalam teks-teks Melayu lama terdapat banyak maklumat yang terperinci tentang peristiwa tersebut. Disebutkan nama-nama orang yang datang, digambarkan kapal-kapal dan perjalanan ke Sumatra itu, diceritakan pelabuhan persinggahan yang pernah dikujungi oleh orang Mekkah itu sebelum mereka sampai ke Pasai. Walaupun begitu masih kekal prasangka bahawa Islam dibawa ke alam Melayu oleh orang India dan/atau Parsi.

“From my interpretation of the way in which the first establishment of an Islamic kingdom in the Malay world as derived from the earliest Malay sources, it becomes clear that in contradiction to the position taken by European and other like-minded historians, Islam was introduced at a very early date in a manner planned directly from its land of origin, and not from India or Persia. Its first king received his instruments of office and legitimation (alat perkakas – T.D.) from the Sharif of Makkah as instructed by Chaliph. It was NOWHERE reported in the Hikayat Raja Pasai that Indians or Persians were the missionaries that spread Islam in the Malay world. Moreover, the Islam that was brought and disseminated was the ORIGINAL “Arab” Islam and not a “transformed” Islam that had first to pass through the sieve of Indian and Persian (i.e. shi’ite) culture and interpretation. I am not denying that there had been Indian and persian influence involved in the process of Islamization in the Archipelago, especially in activities having to do with trade and literary and artistic creations. Traders and transmitters of literary and artistic creations were NOT MISSIONARIES OF THE RELIGION. The initial missionaries were from the noble families (ashraf) among the Arabs, learned men of spiritual discernment, some of whom had directly from Arabia, some from Persia, and some via India and Indo-China, and some looked and dressed like Indians and Persians, being easily mistaken for them; and the spread of Islam by these Arab missionaries in the Malay World was not a haphazard matter, a disorganized sporadic affair carried on by merchants and traders and port authorities, and even by Sufi orders conceived somewhat as trade guilds, whose role have been exaggerated. It was a gradual prosses, but it was planned and organized and executed in accordance with the timeliness of the situation”.

– mengenai kekurangan kaedah yang digunakan dalam kajian para Orientalis
Pada akhirnya satu lagi hal yang dijelaskan dalam buku Prof. Kebanyakan kesalahfahaman yang terdapat dalam kajian sejarah Islam Melayu yang ditulis oleh para orientalis dan para sejarahawan tempatan yang ikut pandangan para orientalis tersebut muncul kerana pengarang-pengarangnya mengunakan kaedah kajian yang tidak sesuai atau mengunakannya secara tak betul. Misalnya mereka mengunakan sumber sejarah (teks-teks lama, batu-batu nisan atau laporan para pengembara) yang ditulis pada zaman yang lain, lazimnya ratusan tahun selepas peristiwa berlaku pada sejarah sebenar. Misalnya untuk menentukan sejarah penubuhan Melaka dan riwayat hidup Paramesywara biasanya digunakan karangan Tome Pires “Suma Orientalis” yang dikarang pada kurun ke-16. Dalam kajian mengenai Malik as-Salih dan sejarah kerajaan Pasai lazimnya dirujuk kepada karangan Ibn Batuttha, yang dikarang pada tahun 1345, iaitu selepas Malik as-Salih itu sudah meninggal dunia.
Prof. al-Attas menulis:

“It is strange that true facts have not been briught to light, and this shows that the historians have been relying only on documents written much later that what had actually happened, indicating that they have not examined the inscription cut in the stone itself” (29)

Pendapat bahawa Islam mulai tersebar di alam Melayu cuma pada kurun ke-13 sahaja, muncul kerana para pengaji merujuk cuma kepada sumber-sumber daripada kurun ke-13 atau selepas itu.  Misalnya karangan Marko Polo (1254 – 1324) dan Chau Ju-Kua (1255).

Prof. al-Attas menegaskan secara betul:

“As far as Islam and its dissemination in Sumatra is concerned, Chau Ju-Kua and also Marco Polo are not to be regarded as reliable witnesses. Their main interest lay in trade and commerce. They were not knowledgeable reporters about Muslim missionary activities, nor about how the spreading of Islam and the conversion of the people took place. Their observation was restricted to the coastal port towns which were the gathering places of merchants and traders. They had no knowledge of what went on in the interior regions and assumed that people there still savage. Unfortunately it was on the basis of what they reported and did not report that historians set their time frame for the history of Islam in Sumatra and the Archipelago beginning from the late 13th century onward” (39)

Dan pada waktu yang sama para orientalis mengetepikan sumber-sumber yang lain:
– teks-teks sejarah Melayu Lama – atas alasan kerana terlampau banyak unsur-unsur mitos terdapat di dalamnya;
– maklumat-maklumat daripada karangan para ilmuwan Arab Muslim  – atas alasan kerana mereka tidak pasti apakah al-Mas’udi (kurun ke-10) atau Buzurgh ibn Shahriyar (kurun ke-10) atau Abu Dulaf (kurun ke-10), atau al-Biruni (kurun ke-11) dan lain-lain betul-betul mengujungi alam Melayu atau tidak.
– maklumat dari sumber-sumber sejarah Cina – kerana maklumat-maklumat tentang para mubaligh Arab tidak sesuai dengan konsep sejarah yang sudah tersebar dalam kajian alam Melayu.

Prof al-Attas menjelakan secara betul bahawa:

“we should not symply deny their reports as if they were mere stories, for it is well-known in history that stories often reveal actual events whose truth can be verified if not by factual at least by circumstantial evidence”. (33)

Walaupun sumber-sumber yang mengandungi maklumat tentang sejarah penyebaran Islam terawal memang kurang, seorang pengaji (menurut pendatap Prof. al-Attas) perlu mengunakan kaedah-kaedah yang komprehensif supaya menentukan maklumat-makluamt tersebut.

Walaupun data-data yang terdapat dalam sumber tersebut lazimnya susah ditentukan dari segi tarikhnya atau masa, seorang pengaji masih boleh mengunakan kaedah-kaedah  induktif supaya membina semula sejarah sebenar berasakan ilmu, logik dan falsafah atau konsep sejarah.

Prof al-Attas menegaskan:

Due to the lack of documents, manuscripts, stone inscriptions, and dates as well as the perplexing problems of interpretation and explanation, historians resort to inductive methods of reasoning in their setting forth conjectures and their arrival at conclusions. The problem of chronology and the lack of information which they can interpret and explain without doubt and vacillation have been their excuse for the neglect and suspension of Islamic history in their writing and investigations.

Prof al-Attas merumuskan secara jelas makna dan subjek sejarah sebagai bidang ilmu yang terpenting. Beliau menulis:

“History is not only a recital of dates by which some historians believe they could begin to establish valid accounts of events related to interpretation and explanation. No doubt chronology is one of the basic elements of history. Knowledge of precise dates on which momentous events take their proper places is certainly important in arriving at explanation of WHEN they occur, but not necessarily HOW and WHY they occur then. … The lack of materials of the past and the abcence of dates should not deter the historian from being able to put forward reasonable estimation of not only WHEN a particularly important event has taken place, but also HOW and WHY it has taken place then. (xiii)

Sebagai seorang pensyarah dalam Jawatan sejarah dan tamadun Islam Akademi pengajian Islam di Universiti Malaya saya setiap hari menghadapi masalah-masalah yang berkaitan dengan kekurangan pengetahuan dalam bidang sejarah, yang berkaitan dengan ketidakgahaman konsep sejarah sebenar berasaskan konsep dan falsafah Islam. Saya yakin buku Professor al-Attas mesti jadi buku panduan untuk mahasiswa saya dan untuk semua cendekiawan, terutama di sini di Malaysia supaya memahami sejarah bangsa Melayu dan sejarah Islam di alam Melayu, yang begitu kaya dan cemerlang.

 

* Pakar sejarah di University Malaya

** disampaikan dalam acara bedah buku Historical Fact and Fiction, hasil kerjasama ISFI dan PPSS, pada 13 November 2011, di International Islamic University Malaysia

 


5 Komentar

  1. fatikhin mengatakan:

    Dimana saya bisa mendapatkan buku ini? saya membutuhkannnya…tolong yang bisa membantu

  2. Harris Nasril mengatakan:

    bolehkah saya tahu tajuk buku terbaru karangan Prof Syed Naquib yang dipetik di atas?

  3. nora mengatakan:

    Menarik dan amat penting buat mereka yang mengkaji sejarah.. Tq

Berikan Komentar

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Terpopuler

%d blogger menyukai ini: